Monday, November 06, 2006

Salam Aidilfitri.....

alhamdulillah....
setelah sebulan kita berpuasa, tibalah masanya kita meraikan kemenangan, tetapi yang kita perhatikan di sini ialah apa yg telah kita perolehi drpd bulan ramadhan itu...

Adalah sebaik- baiknya kita teruskan amalan baik yg telah kita buat di bulan ramadhan, kita sambungkan lagi di bulan syawal dan juga bulan2 selepasnya, jika di bulan puasa kita mengaji setiap hari, di bulan yg kita x puasa pun kita kena teruskan mengaji gak laaaa, kalau di bulan puasa kita sering tolong orang yg susah dan suka menderma, di bulan yg kita x puasa pun kita kena teruskan menolong org and teruskan menderma, malah kalau boleh lebih2 kan lagi menderma tu.., jika di bulan puasa kita selalu buat amalan2 sunat, boleh selalu gi masjid, boleh bangun pagi2, boleh tahan klu x makan, pastikan klu di bulan2 yg kita x puasa pun kita boleh teruskan amalan2 tersebut, asalkan apa yg kita buat selama ini adalah dari hati yang ikhlas, bukan hanya berpura- pura atau hanya nak menunjuk2 dgn org lain.....

nampaknya bulan puasa pun dah habis...so, hendaklah kita banyakkan memaafkan org2 disekeliling kita, klu kita ada buat sesuatu yg kita x perasan sehingga menyinggung hati org lain tanpa kita sedari, jadi di bulan yg penuuh kemuliaan ini , rajin2 la kita memaafkan org lain....

jadi, puasa pun dah, beraya pun dah, makan kuih raya pun dah, x lama lagi kita akan habiskan dan tutup tahun 2006 dgn penuh kenangan yg kita dah lalui sepanjang tahun ini, so klu ada harapan dan azam utuk tahun baru ini....kita kena sedia lah dan pastikan kita dapat capai dengan jayanya......ok salam maju jaya.......

Monday, October 09, 2006

ZAKAT FITRAH?????

Dalam x sedar kita dah melepasi separuh daripada bulan yg berkat ini; bulan Ramadhan. Rasanya baru jer kita berpuasa, namun hakikatnya dah 2 minggu berlalu. Agak2nya dah banyak ke amalan kiter di bulan puasa nie, Dah banyak ke kita lakukan sedekah? Dah banyak ke kita lakukan amalan2 sunat? Dah banyak ke kita tolong org? Dah banyak ke kiter baca Al-Quran? Tepuk dada tanyalah iman.....

Dan yang paling penting, SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH PADA TAHUN INI? ada yang RM 4.70, ada yang RM 4.80, tapi apa pun sudahkah ada laksanakan tanggungjawap anda????

sebagaimana kita, golongan fakir miskin juga memerlukan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang seadanya, jadi dgn bantuan dari kita dgn mengeluarkan zakatlah dapatlah meringankan beban hidup mereka....alangkah gembiranya mereka dgn apa yg kiter hulurkan, walaupun hanya sedikit dan kecil dari pandangan kiter, tapi bagi mereka amatlah besar nilainya.....

Semoga segala apa yg kiter lakukan di muka bumi ini dinilai oleh Allah dengan sebaiknya dan dibalas dgn ganjaran yg setimpal....Amin.

Monday, September 25, 2006

Ramadhan datang lagi...

Al-hamdullillah...
sekali lagi kita patut bersyukur ke hadrat ilahi kerana dgn izinnya juga kita dpt kembali lagi bersua dgn satu bulan yg sentiasa di limpahi dgn keberkatan di atas setiap amalan kebajikan kita.....BULAN RAMADHAN

sememangnya satu bulan yg sentiasa umat islam nantikan untuk memperbanyakkan amalan kebajikan dan kebaikan tak kira dlm bentuk apa sekalipun....yg penting setiap perbuatan itu kita lakukan dgn jujur, amanah dan ikhlas,dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah

maka pada tahun ini;2006 diharap seluruh umat islam dapat menjalani ibadah puasa dgn lancar dan sejahtera, dgn suasana yg aman makmur, dgn segala rezeki dan nikmat yg diperoleh, moga kita sentiasa bersyukur dan dimurahkan segala rezeki....amin

Wednesday, September 20, 2006

PAC 2/2006

sebenarnya aku baru balik dari menjalani satu kursus, bukan kursus motivasi atau kursus meningkatkan prestasi kerja, tapi satu kursus penilaian untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam, khususnya PTD (Pegawai Tadbir & Diplomatik0

PTD Assesment Course siri 2/2006 yg bertempat di INTAN, kemaman, terengganu bertujuan menilai para calon yg telah berjaya lulus ketika menduduki exam PTD sebelum ini untuk ditawarkan berkhidmat sebagai PTD dalam perkhidmatan awam...

bagi aku, sememangnya kursus ini sukar sedikit sebabnya setiap apa yg kita lakukan dlm aktiviti berkumpulan mahupun individu akan diperhatikan dan dinilai untuk melayakkan kita menjawat jawatan PTD

macam2 aktiviti dilakukan seperti perbincangan aktiviti, penyelesaian masalah, merancang strategi dan juga pengucapan awam samada dalam bahasa melayu, mahupun dalam bahasa inggeris serta latihan kecergasan fizikal. semua itu diatur supaya dapat melahirkan seorg ptd yg berkualiti....

al-hamdullillah semua aku dpt lalui sehingga tamat kursus dan aku berserah kepada Allah seandainya ada rezeki aku kat situ...sebabnya aku dah cuba dgn sebaiknya dan aku harap agar aku dpt ke peringkat seterusnya di mana calon2 yg berjaya akan ditemuduga menentukan kesesuaian untuk ditempatkan di kementerian yg ada kekosongan....insya allah.....

Friday, July 07, 2006

Perancis akan ke Final bertemu Itali-World Cup 2006

MUNICH, Jerman - Zinedine Zidane mengambil sepakan penalti dengan tenang untuk membawa Perancis mara ke perlawanan akhir bertemu Itali selepas menjaringkan gol tunggal menewaskan Portugal 1-0.

Zidane menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-33 selepas Ricardo Carvalho menjatuhkan Thierry Henry.

Les Bleus akan menentang Azzurri pada perlawanan akhir di Berlin, Ahad ini.

Itali memburu gelaran keempat dan mara ke perlawanan akhir buat kali keenam.

Perancis yang pernah menewaskan Portugal pada separuh akhir Piala Eropah 1984 dan 2000, membuat penampilan kedua dalam perlawanan akhir.

Pada 1998 mereka dikagumi selepas muncul juara di gelanggang sendiri menewaskan Brazil 3-0.

Perancis menewaskan Itali 2-1 pada perlawanan akhir Euro 2000 apabila Sylvain Wiltord menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki 30 saat dalam masa kecederaan dan David Trezeguet memperoleh gol 13 minit di masa tambahan.

Perancis turut menewaskan Itali menerusi penentuan sepakan penalti di suku akhir Piala Dunia pada 1998.

Tidak tewas dalam sembilan perlawanan berturut-turut sejak 1 Mac lalu tetapi tewas kepada Slovakia pada perlawanan persahabatan, Perancis memulakan kempen Piala Dunia Jerman agak lembap.

Mereka mencatat keputusan seri bertemu Switzerland dan Korea Selatan sebelum menewaskan Togo untuk ke pusingan kedua.

Perancis kemudiannya menewaskan Sepanyol dan penyandang juara, Brazil untuk mara ke separuh akhir.

‘‘Orang ramai tidak memberi sebarang harapan kepada kami sejak dari awal tetapi sekarang keadaan berubah.

‘‘Saya meramalkan ini adalah perlawanan paling sengit kerana Itali bermain corak permainan yang lebih kurang sama dengan Perancis,” ujar Henry.

Perancis meleburkan rekod tanpa kalah Portugal dalam 19 perlawanan sejak Februari 2005, hanya tewas pada perlawanan persahabatan menentang Ireland dan buat jurulatih Luiz Felipe Scolari rekod bersih 12 perlawanan di Piala Dunia.

Zidane yang muncul hero pada perlawanan akhir 1998, menyempurnakan sepakan penalti seminit selepas Carvalho menjatuhkan Henry dalam kawasan kotak penalti dan pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda memberikan sepakan penalti.

Henry mengelecek Carvalho sebelum kakinya ditarik dari belakang.

Zidane menolak masuk ke penjuru kanan pintu gol Portugal walaupun Ricardo Pereira merebahkan badan ke arah yang sama tetapi tidak berupaya menjangkau bola itu.